Sisipan Artikel,Lingkungan Tugas dan pelbagai.

Sisipan Artikel, Lingkungan Tugas dan pelbagai.

Salam hormat,
Mengalu-alukan kesudian Tuan/Puan bersama saya dalam agenda ini. Dipohonkan kemaafan dalam setiap kekurangan. Terima kasih

Tuesday, 9 October 2012

SUMBANGAN BIDANG LINGUISTIK BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Linguistik menurut Kamus Dewan Edisi Empat,  diertikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Struktur dan sistem lebih tepat digunakan dalam linguistik adalah  penerapan semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis.

Keberkesanan mengamalkan linguistik mendorong kesungguhan dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat dan sistem pendidikan negara. Matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan Bahasa Melayu.

Penguasaan dan pengetahuan nahu serta kemahiran berbahasa amat berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa tentang susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman dalam perubahan besar kepada dunia linguistik Melayu dan perkembangan pendidikan negara.

Dalam usaha mengekalkan dunia linguistik Melayu terus berwibawa, sewajarnya semua pihak perlu  mendokong kepentingan Bahasa Melayu agar kedaulatan Bahasa Melayu tidak tergugat dengan kepentingan tertentu yang  menjadi punca kita menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang menjadi tunjang kekuatan dasar pendidikan negara.

No comments:

Post a Comment