Sisipan Artikel,Lingkungan Tugas dan pelbagai.

Sisipan Artikel, Lingkungan Tugas dan pelbagai.

Salam hormat,
Mengalu-alukan kesudian Tuan/Puan bersama saya dalam agenda ini. Dipohonkan kemaafan dalam setiap kekurangan. Terima kasih

Wednesday, 10 October 2012

PROGRAM GALAKKAN MEMBACA


Peranan utama guru adalah  secara langsung bertanggungjawab terhadap pembacaan formal, maka guru  sesuai sekali memegang peranan mendorong kebiasaan membaca di kalangan pelajar. Guru mungkin dapat mempengaruhi tabiat membaca  buku di luar sekolah di samping boleh berusaha memastikan bahawa bidang pembacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur pelajar.
Di peringkat sekolah, guru hendaklah berusaha merancang program-program yang sesuai dan mengumpulkan buku-buku bukan sahaja terdiri dari berbagai jenis tetapi juga dalam jumlah yang secukupnya. Dengan adanya buku-buku yang cukup akan wujud satu dorongan yang kuat kepada perkembangan membaca.
Antara program-program yang boleh saya cadangkan supaya pelajar mendapat galakkan membaca adalah seperti :-
1.           Baca-Faham-Lisan
Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru membimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap buku yang dibaca.
    2.  30 Minit Bersama Buku
Masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya, melibatkan semua warga sekolah. Aktivti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku rekod membaca.
    3.  Anotasi Buku
Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
   4.  Bercerita
Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menceritakan semula kepada rakan lain.
   5.  Bina Minda / Mindaku Kreatif/ Semarak Minda
Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan
sebuah buku yang dibacanya.

   6. Khemah Membaca
Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pencarian maklumat. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
 7.  Lakonan
Kumpulan pelajar yang telah membaca buku yang sama merancang dan mengelola satu persembahan berdasarkan cerita dari buku tersebut.
8.  Membaca Bersama
Pelajar memilih rakan-rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca bersama. Mereka membaca buku yang sama untuk mencari maklumat tentang sesuatu tajuk yang mereka pilih.
9.  Membuat Seekor Ulat Buku
Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen‘ulat buku’.

10. Puisi
Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sesebuah puisi yang dibaca dengan menulis apayang dirasai dan sebab mereka merasai begitu.
11.  Wadah Bestari

Pelajar diberi sata tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tesebut.
12.  Perbahasan

Pelajar berdebat secara formal tentang suatu isu dengan mengambil petikan dari beberapa buku yang telah dibacanya untuk menyokong hujahnya.
16.  Bicara Buku (forum)

Sekumpulan pelajar menggunakan daya kreatif masing-masing untuk membuat ulasan, kupasan dan kritikan mengenai sebuah buku.
17.  Pidato

Pelajar menyampaikan pidatonya dengan mengambil petikan dari beberapa buku yang telah dibacanya untuk menyokong hujahnya.
18. Choral Speaking (Bahasa Berirama)

Menggalakkan pelajar membaca, menghafal dan menguasai bahasa dengan berintonasai mengiku gaya persembahan.
19. Projek Banyak Membaca

Mempamerkan carta skor nilam di tempat sesuai untuk menunjukkan jumlah bacaan pelajar. Ganjaran diberikan kepada pembaca terbanyak.
20. Akhbar Dalam Darjah

Penggunaan Suratkhabar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
21. Buku Ditangan

Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku di mana-mana saja mereka berada.
22. Laluan Iqra / Hentian ilmu

Bahan bacaan diletakan di sudut-sudut tertentu untuk dibaca murid pada waktu rehat.
23. Minggu Membaca

AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
24. Projek Pukal Kotak / bakul

Bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas.
31. Kuiz Bestari

 Kuiz berkaitan mata pelajaran di sekolah.

No comments:

Post a Comment