Teknologi ICT menguasai keberkesanan
mengakses pelbagai maklumat terpantas
masa kini. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan
pelajar dalam proses proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT meningkatkan minat pelajar, meningkatkan daya kreativiti dan pengetahuan
melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia melihat dan merancang ICT sebagai suatu alat
untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah
dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah
dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.
Pihak
sekolah sewajarnya sudah bersedia dengan kemudahan wifi atau talian internet, pelajar dibenarkan membawa komputer
dan jadual kekerapan penggunaan makmal komputer serta aplikasi ICT dalam kelas yang
memberi peluang murid menggunakan komputer dan elemen ICT secara maksima.
No comments:
Post a Comment