i)Konsep
Tatabahasa
Tatabahasa
merangkumi aspek morfologi dan sintaksis. Aspek morfologi memberi tumpuan
kepada sruktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala sintaksis menekankan
aspek binaan ayat, pola ayat, bentuk ayat dan susunan dalam ayat.
Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji
struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil
yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu
mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza
dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang
menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit
bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu
unit atau satu morfem.
Misalnya
"minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna
jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh
dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum".
Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh
dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem Bebas
|
Morfem terikat/imbuhan
|
Dapat
berdiri sendiri, misalnya:
minum, cuti, sekolah, periksa |
Bentuk
imbuhan, misalnya:
mem, per, kan, ber |
Mempunyai
maksud sendiri.
|
Tidak
mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah
makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
|
Morfem terikat/imbuhan
Morfem
terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
- Awalan.
Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
- Akhiran.
Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan
"undian, minuman"
- Sisipan.
Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
- Apitan.
Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan
per....an dalam permainan.
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum
yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
Ayat ialah
binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja
rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur
ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri
daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti
yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS.
Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa
endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang
mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan.
Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik.
Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti
setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini
ialah mata, jenis kata nama)
Manakala frasa
eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti
contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di
bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini
dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
ii) Menganalisis
empat kesalahan penggunaan tatabahasa
Kesalahan Penggunaan Imbuhan
Imbuhan ialah
unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang mennyebabkan peruabahan
makna sebenarnya. Imbuhan merangkumi
bentuk-bentuk terikat seperti awalan, akhiran, sisispan dan apitan.
Jadual 1 menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan
Contoh 1
|
Kesalahan tatabahasa
|
Saya suka membacaan dan mendengaran Al-Quran
|
Ayat yang betul
|
Saya suka membaca dan mendengar bacaan Al-Quran
|
Dalam ayat di atas penggunaan imbuhan
apitan ‘meN- an’ menyalahi imbuhan pada kata dasar “baca’. Kata kerja ini perlu
menerima imbuhan awalan ‘meN-‘ iaitu ‘membaca’ dan ‘mendengar’ untuk membentuk
kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu
‘bacaan Al-Quran’. Kata ‘bacaan’ ditambah supaya ayat tersebut lebih gramatis.
Jadual 2
menunjukan kesalahan tatabahasa kerana pelajar tidak mengimbuhkan kata kerja
dasar.
Contoh 2
|
Kesalahan tatabahasa
|
Saya mahu kongsi cerita
|
Ayat yang betul
|
Saya mahu berkongsi cerita
|
Awalan ‘beR’ dalam ayat di atas perlu
diimbuhkan pada kata kerja ‘kongsi’ untuk membentuk kata kerja aktif transitif
yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud atau ‘cerita’.
Kesalahan Penggunaan Kata Hubung
Kata Hubung ialah sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dan binaan ayat atau lebih sehingga menjadikan satu
bentuk ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat tiga
jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan ‘dan’, kata hubung pancangan
relatif ‘yang’ dan kata hubung komplemen ‘bahawa’
Jadual 3 menunjukkan kesalahan penggunaan kata hubung
Contoh 3
|
Kesalahan tatabahasa
|
Dia ialah budak yang rajin, dia suka tolong mak memasak.
|
Ayat yang betul
|
Dia ialah budak yang rajin dan suka menolong emak memasak.
|
Pelajar melakukan kesalahan
tatabahasa kerana mereka tidak menggunakan kata hubung gabungan ‘dan’ dalam
ayat di atas. Kata hubung ‘dan’ perlu untuk menghubungkan dua klausa ayat di
atas. Selain itu, pelajar turut
melakukan kesalahan pada kata kerja ‘tolong’ dan kata nama ‘mak’.
Jadual 4 menunjukkan kesalahan kata hubung
Contoh 4
|
Kesalahan tatabahasa
|
Keluarga saya baik dan ramai dan lucu
|
Ayat yang betul
|
Keluarga saya ramai, baik dan lucu
|
Kata hubung ‘dan’ perlu digunakan sekali
sahaja dalam ayat diatas bagi menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya
iaitu ‘Keluarga saya ramai’, ‘Keluarga saya baik’ dan ‘Keluarga saya lucu’.
Kesalahan
Penggunaan Kata Pemeri
Menurut
Tatabahasa Dewan, kata Pemeri ‘ialah’ digunakan untuk menunjukkan persamaan dan
hadir di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri ‘adalah’ pula digunakan
untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan
kata adjektif, frasa adjektif, kata sendi nama atau frasa sendi nama.
Jadual 5 menunjukkan kesalahan penggunaan kata pemeri
Contoh 5
|
Kesalahan tatabahasa
|
Saya suka ialah manggis
|
Ayat yang betul
|
Saya suka akan manggis.
atau
Saya menyukai manggis
|
Walaupun kata pemeri ‘ialah’ di dalam
jadual 5 digunakan di hadapan kata nama, namun penggunaannya menyalahi struktur
ayat bahasa Melayu kerana kata adjektif tidak boleh disusuli oleh kata pemeri ‘
ialah’ dan ‘adalah’. Oleh itu, kata pemeri ‘ ialah’ perlu digugurkan. Selain
itu, kata adjektif ‘suka’ yang membawa persamaan memerlukan pelengkap iaitu
kata 'sendi nama ‘akan’ dan perlu disusuli oleh kata nama dan frasa nama.
Sebagai contoh ‘Saya suka akan manggis’. Kata adjektif ‘suka’ juga boleh
menerima imbuhan apitan ‘me-i’ yang berfungsi sebagai kata kerja transitif dan
disusuli kata nama ‘manggis’ sebagai objek. Sebagai contoh ‘ Saya menyukai
manggis’.
Jadual 6 Kesalahan penggunaan kata pemeri
Contoh 6
|
Kesalahan tatabahasa
|
Durian adalah bulah yang paling terkenal di Malaysia.
|
Ayat yang betul
|
Durian ialah buah yang paling terkenal di Malaysia
|
Berdasarkan ayat dalam jadual 6, didapati
pelajar menggunakan kata pemeri ‘adalah di hadapan kata nama. Oleh itu, kata
pemeri ‘adalah’ perlu digantikan dengan kata pemeri ‘ialah’. Selain itu,
terdapat kesalahan ejaan kata ‘buah’ yang dieja ‘bulah’
Kesalahan Frasa Nama
a. Kesalahan
hukum D-M
- Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa nama dapat
dibentuk.
-
D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
-
M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
-
Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama jawatan.
Jadual 7 Kesalahan penggunaan Hukum D-M
Contoh 7
|
Kesalahan tatabahasa
|
Ah Seng restoran terletak
di persimpangan Jalan Melati
|
Ayat yang betul
|
Restoran Ah Seng terletak
di persimpangan Jalan Melati
|
b. Kesalahan
dari segi bentuk jamak;
- Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa maksud
banyak
Jadual 8 Kesalahan penggunaan frasa nama
Contoh 8
|
Kesalahan tatabahasa
|
Beberapa masalah-masalah
berkaitan remaja perlu ditangani segera
|
Ayat yang betul
|
Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera
|
- Kata nama/frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan berentak/kata
nama
ganda berentak
yang membawa maksud jamak tidak boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu.
Jadual 9 Kesalahan penggunaan frasa nama
Contoh 9
|
Kesalahan tatabahasa
|
Di daerah
ini banyak bukit-bukau
|
Ayat yang betul
|
Di daerah
ini banyak bukit
|
- Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu diulang.
Jadual 10 Kesalahan penggunaan frasa nama
Contoh 10
|
Kesalahan tatabahasa
|
Generasi-generasi muda hari
ini semakin goyah keimanannya
|
Ayat yang betul
|
Generasi muda hari
ini semakin goyah keimanannya
|
- Kata nama/frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa
makna/kumpulan tidak perlu diulang
atau digandakan.
Jadual 11
Kesalahan penggunaan frasa nama
Contoh 11
|
Kesalahan tatabahasa
|
Kaum petani-petani itu
sedang mengerjakan tanah
|
Ayat yang betul
|
Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah
|
- Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama ada
sebahagian atau keseluruhannya.
Jadual 12 Kesalahan penggunaan kata nama majmuk
Contoh 12
|
Kesalahan tatabahasa
|
Sultan
Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama
|
Ayat yang betul
|
Sultan
Mansur Shah suka mendampingi alim ulama
|
- Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah
membawa
maksud jamak.
Jadual 13 Kesalahan penggunaan kata ganti diri
Contoh 13
|
Kesalahan tatabahasa
|
Mereka-mereka itu ialah
kawan saya
|
Ayat yang betul
|
Mereka itu ialah kawan saya
|
- Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya
terbina daripada
kata adjektif yang digandakan atau
sebaliknya.
Jadual 14 Kesalahan
penggunaan frasa nama
Contoh 6
|
Kesalahan tatabahasa
|
Baju-baju itu cantik-cantik belaka
|
Ayat yang betul
|
Baju-baju itu cantik belaka atau
Baju itu cantik-cantik belaka
|